Saturday, April 5, 2014

Bercuti!!! Cameron Highland

First time tulis blog...wahhhh rasa nak luahkan semuanya~~~

Sebelum tu cuba teka...agak-agaknya gambar ni kat mana?

Wahhhhh!!! pandainye korang...of cause Cameron Highland...x gitu?...haha...Sebelum tu baik patik ni ceritakan kisah sedih patik. Patik ni bukannye orang kaya datang dari keluarga kaya. Tambahan pulak ayah patik ni orang yang x suke melancong. Oleh itu sangat susah la patik ni nak pergi melancong ke sana ke mari macam orang lain. Nak pergi ke Cameron Highland ni pun dari patik sem 1 diploma dah request siap sokongan mak patik tapi dapat peginye bile patik dah habis diploma sem 6 sementara tunggu nak masuk degree...haha...nampak tak berapa lama 3 tahun baru dapat approval dari ayah patik. Tu pun dapat pergi 2 hari 1 malam aja. Tapi bersyukur juga la walaupun tak lama akhirnya dapat juga pergi...x gitu?...haha

OK lah...Pengalaman bermula!!! patik dari Kluang dengan mak n ayah memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur dulu sebab nak ambil kakak patik yang kijo sana. Tinggal semalam di Best View Hotel Bandar Baru Bangi...hotel budget aje. Malam tu kami semua dengan abang patik makan di Restaurant Village View...sedap!!! siapa pergi Bangi try la makan sana...haha...x memasal ada iklan pulak. OK sambung! Esoknye hari Jumaat pagi perjalanan ke Cameron Highland bermula!!! Abang patik tak join sebab dia kena pergi kelas nak jadi agent hartanah. Kami bergerak dari hotel pada pukul 0830 ayah patik sarapan di hotel sebab dapat free breakfast untuk 2 orang. Jadi patik dan kakak kena lah makan tempat lain. Kami pergi kedai Nasi Ulam sarapan sana. Peh!!! mahal kot. Makan nasi kerabu + nasi lemak + paru goreng + sambal telur + 2 milo ais =RM16. Memang kaya cepat kedai tu. Lepas makan bersambunglah perjalanan ke Cameron Highland tu. Kami guna jalan dari Bangi exit Tapah. Jalan dari Tapah ke Cameron Highland memang mencabar skill pemanduan para pemandu. Mana taknye banyak benar seleko tajam dah macam Takumi Initial D pulak rasanya. 

Sepanjang jalan naik Cameron highland ada ramai orang asli meniaga petai. Khabarnya petai Cameron Highland antara yang patut dibeli. Kalau pergi sana selain strawberry petai la. Bila teruskan perjalanan jumpa pula Lata Iskandar. Kami x berhenti sana sebab ramai sangat orang. Jadi cadang berhenti sana masa balik nanti. Dalam pukul 1300 gitu kami sampai di Tanah Rata. Kata tanah rata x rata pun ( cakap dalam hati ). Kami singgah makan di Tanah Rata tu. Murah!!! nasi ayam+nasi goreng ayam2+char kue teaw+= tak lebih RM 23 kot...

sambung lah nanti....

1 comment: